Dalam kehidupan sehari-hari banyak perkara yang telah kita lakukan sehingga tidak terkira pahala dan dosa yang telah kita lakukan. Namun, pada zaman millenium ini saya sendiri berasa tidak yakin dengan perkara kebaikan yang telah saya lakukan dan ada saja perkara maksiat yang telah saya lakukan tanpa perasan. Saya selalu terfikir bagaimana cara dan di mana nyawa saya bakal dicabut untuk dipulangkan kembali kepada Maha Pencipta. Adakah saya mati dalam iman? Wallahua'alam dan saya berharap sangat begitulah hendaknya. Amin.. Memang benar mengingati mati akan menginsafi diri tapi saya akan berasa insaf dengan sekelip mata sahaja dan selepas itu akan melakukan maksiat kepada Allah lagi, lagi dan lagi. Saya yakin kalian pun begitu kan?
deanridzwan.blogspot.com |
Dalam semester baru ini kampus dan saya sendiri dikejutkan dengan dua orang sahabat saya yang telah kembali ke Rahmatullah dan penyebabnya ialah kemalangan jalan raya. Dengan kesempatan ini marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada ALMARHUM MUHAMMAD IZZUDIN dan AIDIL TARMIZZI BAHRIN (KLIK) semoga mereka di tempatkan bersama-sama orang beriman. Amin.. Selepas ini giliran siapa pula dan adakah kita sudah bersedia? Moga kita dimatikan dalam keadaan husnul khotimah dan bukanlah dalam keadaan suul khotimah ... AMIN ...
Pagi2 nie blogwalking, jumpa plak entry nie menginsafkan nie.. Mati itu pasti. tiada jalan untuk lari daripada mati. (pesanan untuk diri)
ReplyDeleteSalam. Terima kasih kerana BW blog saya. Huhuhu.. Sama2 lah kita muhasabah diri kita dan meginsafi diri InsyaAllah ..
DeleteAmin.
ReplyDeleteAl-Fatihah utk arwah~
Salam. Terima kasih. Moga Allah sentiasa merahmati kamu dan keluarga. Amin ... ^_^
Deletetakziah kepada keluarga arwah.....
Deletedan bila dilihat sorang2 sahabat kita pergi bertemu kepada Pencipta,dalam usia yang sangat muda...baca post ni timbul insaf....takut apabila dihadapkan dihadapanNya,takut tak terjawab segala soalan mengenai amalan saya..:(
Salam. Terima kasih. Saya pun takut dengan keadaan kita sekarang ni yang selalu alpa dengan dunia dan bagaimanakah kita ketika di hadapan Allah kelak. Moga Allah sentiasa merahmati kita dan sentiasa dalam keredhaan Allah s.w.t. Amin..
Delete