Tuesday 26 February 2013

MINTA MAAF!!

Salam. Kenapa saya minta maaf? Ok, yang sebenarnya saya minta maaf sangat-sangat pada kamu semua sebab lama sangat tinggalkan blog ini. Baru-baru ini dalam sekelip mata saya telah kehilangan barang yang paling saya sayang dan selalu teman saya ke mana saya pergi. Saya telah kehilangan satu biji Laptop, satu Galaxy Tab dan duit. Sebab itu saya tidak post lagi di blog tapi bukan untuk selamanya ya! Tak perlu rasanya nak bagitahu cara ianya dicuri kan kerana amat sadis! Mari sama-sama kita doakan agar si pencuri dikurniakan hidayah dan sentiasa di dalam lindungan Allah. Amin... InsyaAllah saya akan cuba usahakan untuk mendapatkan laptop baru sebab banyak kesukaran yang berlaku bila laptop ni dah tiada, lagi-lagi untuk student macam saya ni. Tak apalah, dah tiada rezeki kan dan saya redha sahaja. Harap sangat kamu semua faham dengan situasi saya sekarang ni ya. Saya janji lepas ini saya akan berikan kamu semua info-info berguna untuk dikongsi bersama dan harap kamu semua tidak bosan untuk berkunjung ke blog saya dan jangan lupa untuk sentiasa menyokong saya. :)


Friday 8 February 2013

Tips Menghilangkan Rasa Kecewa Putus Cinta


Salam. Ramainya yang cari entri ini. Huuuh, ramai rupanya yang sedang putus cinta. Tidak mengapa sahabat, setiap apa ujian yang diberikan kepada kita itu adalah pencetus semangat kita yang sebenarnya. Mengapa saya berkata begitu? Sebagai contoh, anda tidak akan muhasabah diri dan memotivasikan diri sendiri selagi masalah tidak datang kepada kita. Jika adanya masalah barulah kita "terhegeh-hegeh" mencari sumber-sumber motivasi diri dan dengan itu barulah kita bersemangat untuk menempuhi ujian tersebut. Tiada masalah

SEGMEN : TAMBAH FOLLOWER SAMBIL BERKENALAN 2




friends >>> 31



Wednesday 6 February 2013

Satu Langkah Menuju Kejayaan "Think Positive"

Salam. 'Mood' hari ini lebih kepada motivasi. 'Satu Langkah Menuju Kejayaan'. Memang benar kejayaan, kekayaan dan kesenangan itu tidak akan datang bergolek. Tapi anda harus percaya dengan satu langkah sahaja anda yang akan 'bergolek' ke arah kejayaan dan kesenangan. Tidak percaya? Ramai yang telah berjaya jadi masih tidak percaya lagi? Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kalau kaum itu sendiri tidak mengubahnya. Jadi langkahnya amat mudah iaitu jadilah anda orang yang positif dari segi pemikiran, perbuatan dan pendirian.

Tuesday 5 February 2013

Selamat Tinggal Kehidupan dan Selamat Datang Kematian

Salam. Sudah lama rasanya jari jemari ini kaku daripada menaip. Alhamdulillah masih diberi lagi masa untuk menjalani kehidupan sebagai seorang hamba. Maaf beribu kemaafan atas keterlewatan saya dalam meng'update' atas alasan yang tertentu. Entri kali ini khusus soal kehidupan dan kematian. Memang menakutkan bila bicara soal kematian namun hakikatnya itulah yang bakal kita lalui kelak tidak kira samaada lambat atau cepat pasti akan berlaku.