Saturday 27 July 2013

Soal Hati



Assalamualaikum w.b.t. Rasanya ini yang pertama saya menulis entri yang berkaitan soal hati. Ya, bila sebut tentang hati ianya tidak lari dari perasaan, cinta dan kasih sayang. Dalam hati juga terkandungnya 10001 cerita ketika sedih mahupun gembira. Hati dan cinta, ada kaitannya. Mungkin ini cara saya untuk menceritakan soal hati saya yang berkecamuk, serabut dan penuh dengan cerita. Kadang-kadang hati kita terpaksa menipu dengan diri kita sendiri. Cuba untuk melindungi kisah duka sebaliknya suka. Hati ini lembut sifatnya dan kadangkala menjadi keras dan secara tidak perasan kita telahpun hancurkan hati itu sendiri. Tidak siapa tahu dan hanya kita yang hadapinya dengan sendirian. Kita memang dah lakukan yang terbaik untuk menjaga hati orang lain sedangkan hati kita sakit tanpa kita perasan. Hati tidak akan tenang selagi apa yang dihajati tidak tercapai. Kita boleh tipu orang dengan kata-kata tapi hati kita tidak! Sebaliknya semakin sengsara. Harap hati kamu juga sama seperti apa yang hati saya rasa.

Friday 19 July 2013

Ramadhan Yang Ke-11

Assalamualaikum w.b.t. Maaf atas keterlewatan saya dalam 'mengupdate' entri. Alhamdulillah kita sekarang berada di dalam bulan Ramadhan pada hari yang ke-11. Terlintas di fikiran untuk menghasilkan satu entri berkaitan dengan Ramadhan. Tujuan entri ini adalah untuk kita sama-sama renungkan setakat Ramadhan yang ke-11 ini apa yang telah kita dapat dari sudut motivasi, sahsiah, akademik, kerjaya dan sebagainya. Jika ada yang rasa setakat ini ada berlakunya perubahan yang positif Alhamdulillah namun jika ada yang tiada berlakunya perubahan itu bagaimana dengan puasa kita dan amalan kita selama ini? Bulan Ramadhan bukan satu bulan untuk kita berehat dan tidur tapi adalah satu bulan yang penuh hikmah buat pencinta inspirasi. Inilah masa yang sesuai untuk kita mempertingkatkan lagi mutu kehidupan kita, muhasabah, istiqamah perlu dipertingkatkan bukan sekali atau dua kali tapi selalu! Kita patut berasa bersyukur kerana rakyat negara kita berpuasa dalam keadaan aman dan damai jika dibandingkan dengan Mesir, Palestin dan negara-negara lain yang setiap hari-harinya berlaku pertumpahan darah. Ambil kesempatan bulan yang mulia ini untuk membina diri yang baru bukan negatif tetapi positif. Kehidupan ini penuh dengan pilihan, buatlah pilihan terhadap diri kita bukannya dengan duduk sambil menunggu perubahan diri! Sampai bila takkan berjaya. Usaha, usaha, usaha, usaha dan usaha.

#Salam Inspirasi