Saturday 27 July 2013

Soal Hati



Assalamualaikum w.b.t. Rasanya ini yang pertama saya menulis entri yang berkaitan soal hati. Ya, bila sebut tentang hati ianya tidak lari dari perasaan, cinta dan kasih sayang. Dalam hati juga terkandungnya 10001 cerita ketika sedih mahupun gembira. Hati dan cinta, ada kaitannya. Mungkin ini cara saya untuk menceritakan soal hati saya yang berkecamuk, serabut dan penuh dengan cerita. Kadang-kadang hati kita terpaksa menipu dengan diri kita sendiri. Cuba untuk melindungi kisah duka sebaliknya suka. Hati ini lembut sifatnya dan kadangkala menjadi keras dan secara tidak perasan kita telahpun hancurkan hati itu sendiri. Tidak siapa tahu dan hanya kita yang hadapinya dengan sendirian. Kita memang dah lakukan yang terbaik untuk menjaga hati orang lain sedangkan hati kita sakit tanpa kita perasan. Hati tidak akan tenang selagi apa yang dihajati tidak tercapai. Kita boleh tipu orang dengan kata-kata tapi hati kita tidak! Sebaliknya semakin sengsara. Harap hati kamu juga sama seperti apa yang hati saya rasa.

Friday 19 July 2013

Ramadhan Yang Ke-11

Assalamualaikum w.b.t. Maaf atas keterlewatan saya dalam 'mengupdate' entri. Alhamdulillah kita sekarang berada di dalam bulan Ramadhan pada hari yang ke-11. Terlintas di fikiran untuk menghasilkan satu entri berkaitan dengan Ramadhan. Tujuan entri ini adalah untuk kita sama-sama renungkan setakat Ramadhan yang ke-11 ini apa yang telah kita dapat dari sudut motivasi, sahsiah, akademik, kerjaya dan sebagainya. Jika ada yang rasa setakat ini ada berlakunya perubahan yang positif Alhamdulillah namun jika ada yang tiada berlakunya perubahan itu bagaimana dengan puasa kita dan amalan kita selama ini? Bulan Ramadhan bukan satu bulan untuk kita berehat dan tidur tapi adalah satu bulan yang penuh hikmah buat pencinta inspirasi. Inilah masa yang sesuai untuk kita mempertingkatkan lagi mutu kehidupan kita, muhasabah, istiqamah perlu dipertingkatkan bukan sekali atau dua kali tapi selalu! Kita patut berasa bersyukur kerana rakyat negara kita berpuasa dalam keadaan aman dan damai jika dibandingkan dengan Mesir, Palestin dan negara-negara lain yang setiap hari-harinya berlaku pertumpahan darah. Ambil kesempatan bulan yang mulia ini untuk membina diri yang baru bukan negatif tetapi positif. Kehidupan ini penuh dengan pilihan, buatlah pilihan terhadap diri kita bukannya dengan duduk sambil menunggu perubahan diri! Sampai bila takkan berjaya. Usaha, usaha, usaha, usaha dan usaha.

#Salam Inspirasi

Saturday 6 April 2013

Format Cinta

Assalamualaikum sahabat. Apa khabar? Moga Allah sentiasa melindungi kita semua. Entri kali ini saya ingin sentuh sedikit tentang cinta, jiwang la pulak :) Cinta bukan hanya diciptakan untuk mencintai antara sesama manusia bahkan sesama alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan cinta kita yang agung iaitu Rabbi! Tapi apa yang kita lihat sekarang konsep cinta hanya didedahkan terhadap cinta sesama manusia sahaja. Mengapa tidak didedahkan dengan cinta yang agung? Tidak sempurnakah? Tidak cantikkah? Kita yang mampu menjawab. Saya pernah terlihat sepasang kekasih duduk bersama di bawah pondok bas dengan pakaian 'sekolah' sambil si perempuan duduk di pangkuan lelaki. Dalam fikiran saya tertanya adakah mereka sudah bernikah? Gaya seperti orang yang baru sahaja bernikah dan berbulan madu. Mereka seolah-olah berlakon di dalam filem hollywood sedangkan tudung dan songkok di kepala. Adakah islam? Sudah semestinya! Terdetik untuk menegur tapi jauh di benak hati saya berkata saya bukannya sempurna dan baik sangat. Jadi, keputusannya saya membiarkan. Lama selepas itu, saya terfikir betapa menyesalnya kerana tidak menegur dari awal kerana dia adalah sebangsa dengan saya, seagama dan senegara. Saya yakin ramai yang menghiraukan perkara itu. Jika tiada manusia yang menegur maka lama-kelamaan hancur binasalah iman di dada mereka. Sepanjang saya melihat kerenah manusia perkara inilah yang terkilan bagi saya. Benar cinta itu tidak mengenal usia tapi gunakanlah cinta itu pada landasan yang betul. Cinta yang satu lebih kekal abadi dan lebih sempurna. Lepaskan cinta pada insan yang memerlukan dan sempurnakanlah cinta pada pencipta insan (ALLAH).

Saturday 23 March 2013

Personaliti Diri Mengikut Warna

Salam. Pada entri kali ini saya ingin kongsikan berkaitan kajian terhadap personaliti mengikut warna. Ini berdasarkan apa yang saya pelajari melalui ilmu Psikologi di dalam kuliah. Percayalah, di setiap warna yang kita minati ada maksudnya tersendiri yang berhubungkait dengan personaliti diri. Warna apa yang kalian suka dan apakah maksudnya? Jom tengok sini :-

UNGU: suka memberi, peroleh kejayaan, positif, berjaya
BIRU TUA: rajin, berdedikasi, kaya
MERAH: keberanian, bersemangat, tiada istilah gagal
HIJAU: tenang, banyak kerenah, kuat cemburu, romantik, baik hati, kurang nampak peluang
COKLAT: matang, bertanggungjawab, mudah dikasihi
KUNING: ceria, baik sangka, tidak suka bergaduh, bahagia
HITAM: protokol, emosional, mudah hiba, korporat 
PUTIH: amanah, jujur, terbilang, lurus bendul
PINK: ransangan terlampau, bersemangat, kemajuan diri 


p/s: pilih warna yang kamu suka dan tengok kriterianya, kemudian ambil sehelai kertas tuliskan kriteria tersebut di atas kertas tersebut dan tampal di tempat yang selalu dan senang untuk dilihat!

RidzDean Al-Islam: UNGU + HIJAU