Saturday 6 April 2013

Format Cinta

Assalamualaikum sahabat. Apa khabar? Moga Allah sentiasa melindungi kita semua. Entri kali ini saya ingin sentuh sedikit tentang cinta, jiwang la pulak :) Cinta bukan hanya diciptakan untuk mencintai antara sesama manusia bahkan sesama alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan cinta kita yang agung iaitu Rabbi! Tapi apa yang kita lihat sekarang konsep cinta hanya didedahkan terhadap cinta sesama manusia sahaja. Mengapa tidak didedahkan dengan cinta yang agung? Tidak sempurnakah? Tidak cantikkah? Kita yang mampu menjawab. Saya pernah terlihat sepasang kekasih duduk bersama di bawah pondok bas dengan pakaian 'sekolah' sambil si perempuan duduk di pangkuan lelaki. Dalam fikiran saya tertanya adakah mereka sudah bernikah? Gaya seperti orang yang baru sahaja bernikah dan berbulan madu. Mereka seolah-olah berlakon di dalam filem hollywood sedangkan tudung dan songkok di kepala. Adakah islam? Sudah semestinya! Terdetik untuk menegur tapi jauh di benak hati saya berkata saya bukannya sempurna dan baik sangat. Jadi, keputusannya saya membiarkan. Lama selepas itu, saya terfikir betapa menyesalnya kerana tidak menegur dari awal kerana dia adalah sebangsa dengan saya, seagama dan senegara. Saya yakin ramai yang menghiraukan perkara itu. Jika tiada manusia yang menegur maka lama-kelamaan hancur binasalah iman di dada mereka. Sepanjang saya melihat kerenah manusia perkara inilah yang terkilan bagi saya. Benar cinta itu tidak mengenal usia tapi gunakanlah cinta itu pada landasan yang betul. Cinta yang satu lebih kekal abadi dan lebih sempurna. Lepaskan cinta pada insan yang memerlukan dan sempurnakanlah cinta pada pencipta insan (ALLAH).

10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Betul tu, cuma masa tu saya buntu kerana malu mungkin atau ego dan kerana itu saya tidak menegur dan akhirnya kesal. Tapi, InsyaAllah Allah tahu niat hati saya :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada lagi segelintir yang sedih memikirkan tentang anak bangsa, tapi hanya segelintir dan bagaimana yang lain? Hanya menghiraukan kerana bukan keluarga mereka. Tidak sedar bahawa pemimpin masa hadapan adalah remaja masa kini. Jika ingin lihat kemajuan negara itu suatu hari hanti lihatlah remajanya :)Bagaimana dengan remaja kita dan bagaimana dengan negara kita? Wallahua'alam ..

      Delete
  3. Betol apa yang adik ulaskan di atas..kekadang manusia ini mudah lupa soal dosa...semua mahu kan keseronakan....lupa bumi mana yang dipijak...lupa agama yang dipegang...semuanya dilupa...semoga apa yang adik ulaskan menjdi iktibar untuk kita agar menjadi umat Nabi Muhammad yang berpegang pada jalan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terima kasih kak ,,InsyaAllah kita sama2 amik iktibar :)Manusia mudah lupa ..

      Delete
  4. erm, mungkin kalau task berapa nak tegur, boley cegah dengan hati tapi kena ingt tu selemah-lemah iman. insyaallah laen kali boley di ubah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Betul tu. Mungkin diri saya ego pada masa tu tapi insyaAllah saya akan perbaiki dan akan sentiasa "menyampaikan" ilmu Allah :)

      Delete
  5. Betul tu.. :)
    Saya, sbg pelajar sekolah, mmglah perkara macam ni banyak berlaku.
    Walau dlm kelas saya sendiri pun. Depan mata kan.
    Kalau kita fikir kita tak perlu tegur dia sebab kita tak sempurna tu..kita manusia biasa ni,
    tkda yg sempurna 100% kan? =') Oleh itu, kita kenalah saling tegur-menegur yg mana silap.. Tapi saya pun kdgnya macam tak kuat jgk nak tegur rakan2 yg sebaya dgn saya. Hanya mampu cegah dgn hati. Saya harap, saya boleh tegur mereka nanti. InshaaAllah.

    Anyway, nice post.. (y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Huhu ..betul tu sama dengan saya tak kuat untuk menegur org lain tapi InsyaAllah lepas ni sama2 kita menjalankan "amar makruf nahi mungkar". Belajar elok2 ya adik :)

      Delete