Wednesday 6 February 2013

Satu Langkah Menuju Kejayaan "Think Positive"

Salam. 'Mood' hari ini lebih kepada motivasi. 'Satu Langkah Menuju Kejayaan'. Memang benar kejayaan, kekayaan dan kesenangan itu tidak akan datang bergolek. Tapi anda harus percaya dengan satu langkah sahaja anda yang akan 'bergolek' ke arah kejayaan dan kesenangan. Tidak percaya? Ramai yang telah berjaya jadi masih tidak percaya lagi? Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kalau kaum itu sendiri tidak mengubahnya. Jadi langkahnya amat mudah iaitu jadilah anda orang yang positif dari segi pemikiran, perbuatan dan pendirian.
"Be a positif" Bagaimana? Sebenarnya yang membuatkan kita sentiasa bermasalah adalah fikiran kita yang tidak positif. Sebagai contoh dalam sesuatu perniagaan kita inginkan syarikat kita membangun tetapi kita telah memikirkan kejatuhan yang belum tentunya lagi. Jadi ubahlah pemikiran kita! Jika anda ingin menjadi seorang yang berjaya mulalah dengan niat kerana Tuhan dan ubahlah cara pemikiran kita agar kita menjadi manusia yang positif dan matang!

deanridzwan.blogspot.com

10 Ciri Orang yang Berfikiran Positif :-

  1. Menikmati kehidupannya yang lebih bermakna.
  2. Berfikiran luas dan terbuka untuk menerima kritikan, idea dan pandangan orang lain.
  3. Melihat sesuatu masalah yang datang itu sebagai cabaran dan batu loncatan untuk terus maju ke hadapan.
  4. Membuang fikiran negatif secepatnya dari kotak pemikiran.
  5. Lebih mensyukuri atas apa yang dikurniakan terhadapnya.
  6. Tidak mendengarkan dan mengendahkan sebarang gosip yang berlaku.
  7. Tidak memberikan alasan malahan terus bertindak.
  8. Menggunakan bahasa dan pertuturan yang positif.
  9. Menggunakan bahasa tubuh yang positif.
  10. Mempedulikan kelemahan diri sebaliknya memperbaiki.
*adakah ciri-ciri tersebut ada pada kita?*

deanridzwan.blogspot.com




No comments:

Post a Comment