Friday 8 February 2013

Tips Menghilangkan Rasa Kecewa Putus Cinta


Salam. Ramainya yang cari entri ini. Huuuh, ramai rupanya yang sedang putus cinta. Tidak mengapa sahabat, setiap apa ujian yang diberikan kepada kita itu adalah pencetus semangat kita yang sebenarnya. Mengapa saya berkata begitu? Sebagai contoh, anda tidak akan muhasabah diri dan memotivasikan diri sendiri selagi masalah tidak datang kepada kita. Jika adanya masalah barulah kita "terhegeh-hegeh" mencari sumber-sumber motivasi diri dan dengan itu barulah kita bersemangat untuk menempuhi ujian tersebut. Tiada masalah
yang tiada jalan penyelesaiannya. Saya suka berkongsi tips terhadap permasalahan ini oleh kerana terlampau ramai yang menghadapi "penyakit" ini. Antara tips yang saya ingin kongsikan kepada anda ialah :-

  • Bersangka baiklah terhadap Allah dan menganggap masalah itu adalah ujian daripadaNya untuk menguji tahap keimanan kita kepadaNya dan sentiasalah kita mendekatkan diri kepadaNya.

  • Sentiasa berfikiran positif dengan memikirkan perkara yang indah seperti kegembiraan ketika bersama keluarga dan rakan.

  • Kongsi dan selesaikanlah masalah dengan kelurga atau sahabat yang terdekat agar kita tidak memendam masalah itu dengan seorang diri kerana dikhuatiri akan memberikan kesan negatif pada diri anda kelak.

  • Buanglah segala kenangan atau memori yang terbuku dalam pemikiran dan ketika bersama dengan bekas pasangan dan cara ini dapat memberikan kita ruang untuk menghargai diri sendiri dan sentiasa menjadi seorang yang tabah.

  • Menangislah kita sepuas-puasnya pada jangka waktu yang sekejap (tengok pada tempat dan situasi) kerana ini adalah satu terapi agar perasaan  yang terbuku ini keluar dengan sepenuhnya.

  • Memberikan diri kita peluang untuk menerima orang lain untuk mencintai diri kita.

  • Meluangkan masa atau sentiasa mesibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah agar perasaan kecewa beransur hilang dalam diri kita.

  • Menjadikan masalah itu sebagai penguat semangat dan pencetus motivasi diri agar menjadi insan yang lebih berjaya dan bahagia.


"Kadang-kadang Allah sengaja mnyembunyikan bulan dan bintang yang indah itu kerana Allah ingin menunjukkan Pelangi ciptaannya yang paling indah dan mempesonakan disebalik kehilangan matahari dan bintang"

-RidzDean Al-Islam-






15 comments:

  1. salam..betul2 apa yg awak ckp tu..
    bile kite da trantuk baru kite nk trngadah..mncri motivasi sgale utk mngubati putus cinte..
    hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Huhuhu .. Terima kasih kerana BW dan komen. Sepatutnya tiap-tiap hari kena muhasabah diri dan cinta untuk menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat :)

      Delete
  2. BK xtau la nk ckp cmne.BK bukan la kuat sgt nk hdpi mslh smua nh cz BK pon org bese2. bila umur menigkat BK jadi xley nk pikir pasai mslh remeh gni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. BK, sbnrnyekan manusia tak semua mslh dia dpt tgni dgn mudah tapi kita kan ada Maha Mendengar jadi mengadulah pada dia InsyaAllah. :)

      Delete
  3. salam... bersyukur putus cinta yang dulu..sbb dapat bercinta dgn yang lain...hahahaha..TQ BW rumah saya. Done folow sini jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Alhamdulillah ..huhu trima kasih :) tulah hikmahnya kan ..lambat atau cpt Allah akan bg juga hikmah pada setiap satu mslh itu samaada lmbt atau cpt ...

      Delete
  4. Replies
    1. Salam. Terima kasih :) Hrap tidak bosan datang blog saya ^_^

      Delete
  5. in shaa Allah dgn segala tips tu, boleh hilangkan rasa pututs cinta.. yg penting hati kena kuat dan yakin dgn Allah S.W.T :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. InsyaAllah mudah-mudahan :) Yang penting hati kita perlu diisikan dengan keimanan yang mantap ^_^

      Delete
  6. wah2 bukan main...bru putus cinta ke? cikuy, cikuy..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ehh,, Cik Jari Manis!! huhu ..lama xupdate ..x laa .. tu just tips untuk org putus cinta ^_^

      Delete
  7. pilihan nak teruskan frust or move on..dua-dua adalah pilihan kita sendiri... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Yup betul tu .. Yang penting kena kuat! :)

      Delete
  8. Yep, penolakan memang selalu menyesakkan hati, sekalipun kita sudah menduga-duga akan terjadi. Canggihnya lagi adalah ketika ditolak, tubuh fisik juga benar-benar merasakan terpukul dan tersakiti, misalnya seperti di dada, kepala, dsb. Saya sempat bahas panjang lebar tentang itu di artikel Kenapa Penolakan Sebenarnya Berguna?, mungkin bisa jadi referensi pencerahan buat kamu. :)

    ReplyDelete