Tuesday 26 February 2013

MINTA MAAF!!

Salam. Kenapa saya minta maaf? Ok, yang sebenarnya saya minta maaf sangat-sangat pada kamu semua sebab lama sangat tinggalkan blog ini. Baru-baru ini dalam sekelip mata saya telah kehilangan barang yang paling saya sayang dan selalu teman saya ke mana saya pergi. Saya telah kehilangan satu biji Laptop, satu Galaxy Tab dan duit. Sebab itu saya tidak post lagi di blog tapi bukan untuk selamanya ya! Tak perlu rasanya nak bagitahu cara ianya dicuri kan kerana amat sadis! Mari sama-sama kita doakan agar si pencuri dikurniakan hidayah dan sentiasa di dalam lindungan Allah. Amin... InsyaAllah saya akan cuba usahakan untuk mendapatkan laptop baru sebab banyak kesukaran yang berlaku bila laptop ni dah tiada, lagi-lagi untuk student macam saya ni. Tak apalah, dah tiada rezeki kan dan saya redha sahaja. Harap sangat kamu semua faham dengan situasi saya sekarang ni ya. Saya janji lepas ini saya akan berikan kamu semua info-info berguna untuk dikongsi bersama dan harap kamu semua tidak bosan untuk berkunjung ke blog saya dan jangan lupa untuk sentiasa menyokong saya. :)


2 comments:

  1. laaa, patutla lama tak update apa2...bahaya lah zmn sekarang ni..tak apa2 yg penting diri sendiri ni selamat...alhamdulillah..huuu

    ReplyDelete