Saturday 17 November 2012

Tolibun Ilmi? Apakah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah dapat kita bertemu lagi pada entri kali ini. Sebelum saya  menaip dengan lebih panjang lagi saya ingin menyusun 10 jari memohon maaf atas keabaian saya terhadap para pembaca di blog saya ini, hal ini terjadi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat saya elakkan sebelum ini. Namun Allah telah memberi kesempatan ini untuk terus berhubung dengan kalian semua. Baiklah, bermulanya dengan soal makna tolibun ilmu ini ialah seorang "penimba ilmu/pelajar",  rasanya yang menarik pada entri  kali  ini ialah saya akan menceritakann serba sedikit tentang soal pelajar dan ilmu. Apakah  yang kalian faham  tentang pelajar?
Ya,saya  dapat baca fikiran kalian yang  mengatakan bahawa pelajar itu ialah orang yang menuntut, memang benar dan saya  sama sekali tidak menafikannya akan tetapi di sebalik  makna tersebut tersimpan seribu makna. Apa  maknanya?  Sabar, akan saya terangkan satu persatu. Antaranya ialah pelajar ini adalah seorang pendakwah  juga. Hal ini kerana apabila kita belajar tentang  sesuatu ilmu secara tidak  langsung  kita akan berkongsi  serba sedikit ilmu yang kita belajar itu kepada orang lain,  sebagai contoh dengan menyebarkannya di laman sosial,  itupun dikirakan sebagai dakwah  kerana Nabi Muhammad s.a.w sendiri bersabda bahawa sampaikanlah ilmu itu walaupun sepotong ayat. Jadi, anda yang masih belajar itu ingatlah bahawa anda adalah dai'e. Akan tetapi, jika kita lihat pada ketika  ini orang hanya belajar  semata-mata mahukan kelulusan ketika peperiksaan sahaja! Benar bukan? Sesiapa  yang bersikap begini tolonglah buang jauh-jauh sikap tersebut kerana percayalah ilmu itu tidak akan sampai  ke tahap yang lebih mendalam dan kurang keberkatannya nanti. Ilmu tanpa  amal ibarat pokok yang lawa tetapi tidak mempunyai hasil! Maksud peribahasa tersebut ialah ibarat kita belajar sesuatu ilmu contohnya doa sebelum tidur akan tetapi tidak pernah sama sekali diamalkan. Ianya seperti  sia-sia kita menuntut ilmu. Jadi maksud saya di sini hati-hatilah wahai pelajar-pelajar diluar sana seperti saya ini, kita  belajar biarlah ikhlas walaupun terpaksa agar perjalanan  hidup kita sebagai  seorang hamba dipermudahkan oleh Allah dan diredhai Allah s.w.t. Selain itu, adab seorang pelajar haruslah dijaga dengan  rapi,  memang benar segelintir guru adalah hampir sebaya dengan kita dan telah menganggap kita sebagai rakannya. Namun tidak semudah itu untuk kita bergurau dan  memperkecilkan mereka kerana  ilmu mereka lebih meluas daripada kita dan mungkin juga kaedah membodek adalah satu alternatif, akan tetapi ingatlah tidak akan jadi apa-apa sekiranya anda rapat dengan 1000 guru sekalipun kalau kalian tidak berusaha untuk mencapai kejayaan dengan sendirinya. Sebenarnya pada barisan akhir ini adalah paling utama berbanding dengan yang di atas iaitu kembalilah  pada  Allah. Ingat! Tiada yang mustahil bagi Allah. Akhir  kalam, dalam menjalani perjalanan seorang hamba ini sememangnya sukar untuk kita mendapatkan penghayatan sebenar-benarnya tolibun ilmu ini kerana tiada manusia yang sesempurnna kekasih  Allah yakni Muhammmad s.a.w. Akan  tetapi ikutlah  jejak beliau walaupun tidak sesempurna beliau. Lihatlah diri, carilah inspirasi dan buatlah keputusan yang menonjolkan  diri. Walllahua'alam dan salam.

-RidzDean Al-Islam-

No comments:

Post a Comment