Tuesday 20 November 2012

10 Tips Hilangkan Tekanan Mengikut Kaedah RidzDean Al-Islam

deanridzwan.blogspot.com

Salam. Ramai jugak yang stress di sini ya? huhu.. Kalau tidak stress kenapa cari entry ni kan, huhu .. Apa-apa pun tahniah kalian sudah ada jalannya untuk mengatasi perkara ini. Stress sememangnya mengganggu aktiviti harian anda dan percayalah impilikasi yang buruk bakal anda hadapi  sekiranya dibiarkan berlanjutan. Di sini  saya ingin berkongsi tentang beberapa tips untuk mengatasi stress!


Biasakan diri dalam  keadaan berwuduk
  • wuduk bukannya untuk solat sahaja malah boleh diamalkan pada bila-bila masa.  Terutama untuk orang yang berkerjaya ataupun pelajar. Sebelum memulakan aktiviti tu berwuduklah dulu ya.. Untuk hikmah berwuduk yang lain sila klik di sini >>KLIK .
          
deanridzwan.blogspot.com

Perbanyakkan membaca Al-Quran
  • Kita asyik baca buku sains, sejarah dan teori 24 jam memanglah stress... Kita kan ada masa 24 jam, apa kata kita cari masa dalam 10/5 minit ke untuk  kita membaca al-quran. Tak  perlu lama sangat pun janji kita mengamalkannya sebab bila kita mati  nanti Al-Quran inilah yang akan menemankan kita di dalam kubur kan? Insyaallah..
deanridzwan.blogspot.com

Banyakkan solat sunat
  • Bukan bermakna kita banyakkan solat sunat sampai kita tinggalkan solat fardhu eh! huhu.. Naudzubillah.. Tak  kisahlah solat sunat apa pun yang kita nak buat janji kita tidak terlepas untuk menghadap Allah s.w.t.


deanridzwan.blogspot.com

Selalu berdoa kepada Allah
  • Senjata umat Islam itu adalah doa.  Jadi, tiada sebab untuk kita katakan tiada perkara yang tidak boleh menghilangkan stress. *sambil-sambil doa tu doakanlah sekali keselamatan saudara kita di Gaza sekarang ini yang sedang berjihad mengejar syurga Allah Insyaallah..*
deanridzwan.blogspot.com

Bersangka baik kepada Allah
  • Sebagai contoh, jika kita  mengalami tekanan yang terlampau di tempat  kerja atau  kampus, janganlah kita menyalahkan  takdir dan penyebab  itu  kerana  bila kita bersangka baik  otak  kita  akan diset untuk tidak mengeluarkan perasaan tekanan itu secara automatik. Percayalah! huhu..(emosi)


Banyakkan aktiviti luar seperti bersukan
  • Ini  juga adalah  satu cara untuk kita mengawal emosi  kita seperti bersenam, bermain  badminton, bola sepak dan sebagainya.
deanridzwan.blogspot.com

Amalkan pemakanan yang sihat
  • Pemakanan juga  adalah sumber tercetusnya tekanan. Jadi, amalkanlah memakan  makanan  yang seimbang.  *saintis telah membuktikan bahawa dengan memakan coklat kita dapat mengurangkan stress dengan cepat!*
deanridzwan.blogspot.com

Menangis dengan sepuas hati
  • Pelik? huhuhu.. memang! Tetapi ini adalah satu inisiatif juga kerana dengan menangis kita dapat mengurangkan  tekanan yang kita hadapi  itu. Tak percaya? Cubalah... *janganlah nangis sampai meraung dan janganlah di hadapan orang ramai...ish3x ...*
deanridzwan.blogspot.com


Hargailah kebolehan diri anda sendiri
  • Jangan cepat putus asa dengan  apa yang sudah anda lakukan. Hargailah diri anda sendiri! Bak kata iklan pun>>>>(kerana dirimu begitu berharga ...)



Cintailah diri anda sendiri
  • Dah kalau tak ada orang nak cintakan kita siapa lagi  kalau bukan diri kita sendiri kan? huhu.. Apa-apapun cintailah diri anda sebelum mencintai orang lain sebab takut bila kita tak sayang pada diri kita dikhuatiri akan menyebabkan menzalimi diri sendiri. Contohnya bunuh diri! Naudzubillah...


Jadi, itulah serba sedikit tips yang ingin saya kongsikan ..
Sebarang pertanyaan boleh  isikan di ruang komen  ya ..
Dah komen tu follow dan share kan lah yee ..
Salam  dan selamat beramal.....

"Lihatlah Diri, Carilah Inspirasi dan Buatlah Keputusan Yang Menonjolkan Diri"




-RidzDean Al-Islam-

9 comments:

  1. saya kalo stress ngan something..fikir punye fikir tak jmpa jugak penyelesaian ambik wuduk baca yasin..rasa tenang je..kdg2 tu cari tmpat sunyi duk sorang2 nak bg tenangkan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ya,idea yang bernas. Ianya seperti muhasabah diri la kan. Kalau nak lagi ketenangan lepas solat tu berzikirlah, insyaallah hati kita akan tenang. Terima kasih kerana comment. huhu...

      Delete
  2. stress tak baik untuk kesihatan,
    jomkita tangani stress :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes! Betul tu. Tak nak la sakit2kan badan sendiri kan. Jadi, jom kita perangi stress! Huhu.. Terima kasih kerana 'comment'.

      Delete
  3. kerohanian alternatif terbaik. penah sy stress ke ilangan tiket parking. sy selawat2 banyak2. orang sekeliling tgk sy gila. tapi akhirnyer jumpa jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sesungguhnya Islam itu adalah ubat kepada umatnya, biarkanlah jika kita diherdik dalam kita mendekatkkan diri kita kepada Allah kan? Huhuhu... Alhamdulillah jumpa balik. Terimakasih kerana 'comment.'

      Delete
  4. boleh click banner dalam entry http://mujadafewa.blogspot.com/2012/11/pencarian-20-blogger-bertuah-by-yana.html?showComment=1353695866308#c523684412854078288 and check cara penyertaan k :)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Salam. Terima kasih :) Hanya berkongsi ...

      Delete