Saturday 2 June 2012

Yang mana satu pilihan anda ???

Assalamualaikum sahabat blogger. Berdasarkan tajuk di atas agak korang apa sebenarnya yang aq ingin sampaikan? Aq yakin topik ni mesti punya ada yang bakal membuat sebahagian daripada korang terasa dan bengang! Huhuhu. Tapi ini adalah blog aq jadi aq berhak menyampaikan pendapat aq sendiri. Ok,  berbalik pada tajuk tadi sebenarnya aq nak kita sama-sama renungkan soal aurat.  Antara yang berlitup dan yang terbuka, yang manakah lebih menjadi  pilihan korang? Ada respon mengatakan yang berlitup menjadi pilihan utama dan ada juga yang mengatakan yang SEKSA tu lah pilihan yang bijak! Macam-macam pendapat diaorang bagi atas setiap pilihan.
Namun, kita harus hormat pendapat orang kan. Sebelum kita bincang lebih jauh lagi jom kita hayati dan fahami DALIL dan HADIS  berkaitan aurat ...

DALIL :-

1) "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

2) "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)

HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W  :-

1) “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)


2) Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.” (Riwayat Al-Bukhari)

3) Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud)

Jadi ,jom  kita kupas soal yang menutup aurat dulu, ok? Baiklah  apa  yang aq pandang pada orang yang menutup aurat ini  ialah mereka adalah orang yang sangat KOLOT! Opss, jangan terperanjat. Huhuhu. Sebenarnya maksud aq mereka kolot dengan godaan syaitan untuk dedahkan aurat. Jadilah kita kolot sebagai kolot yang positif. Golongan ini juga sebenarnya adalah tinggi penghormatannya dan lebih MAHAL dari sudut ISLAM, dan mereka lebih dihormati dan lebih disanjungi.Selain itu,diorang jugak lebih manis dipandang dan  juga mereka  sebenarnya menjaga HADIAH yang bakal diberi  kepada suami dengan sebaiknnya. Untungkan suami yang dapat  macam  ini? Mereka yang menutup aurat jugak amat senang dibawa  ke mana sahaja majlis sebab bila kita bawak isteri kita ke majlis ilmu x perlulah nak berpura-pura dan bersusah lagi nak ke tandas untuk menyarung TUDUNG! Kan buat malu diri sendiri je tu kan? Huhuhu. Selain itu, diorang jugak jimat dari  sudut pembelian  produk kecantikan dan tak perlu bersusah payah beli "sunblock" sebab pakaian yang berlitup itulah menjadi  "sunblock" mereka. Seronok kan? So, tunggu ape lagi jom BERJIMAT!  Banyak lagi sebenarnya keistimewaan mereka  ini  tapi setakat ini pandangan aq terhadap orang  yang menutup aurat ini sebab ....sebab ....sebab ....nak kejar masa! Huhuhu.

Ok, jom kita check out pula pandangan aq terhadap orang yang dikatakan SEKSA ni. Golongan ini pula kononnya cantik! Cantik ke kalau seksi ni pada  korang? Ok, mereka ni sebenarnya MURAH! Sorry to say laaa. Mereka murah sebab senang-senang bagi barang berharga dia dilihat orang lain,mereka jugak lebih bangga berdiri sebagai seorang yang terdedah aurat berdiri di depan  orang ramai sedangkan azab Allah bakal menimpa kamu! Naudzubbillah... banyak lagiiii  sebenarnya tapi insyallah kita sambung nanti ok..

So, kesimpulannnya ialah tidak semestinya yang bertudung akan ke syurga dan  yang seksi akan ke neraka tapi ingatlah itu adalah tuntutan islam! Jadi kita  sama-sama renungkan dan yang menutup  aurat tu pastikanlah anda menutup aurat dengan sempurna bukan membungkus aurat! Biarkanlah orang kata baju kita besar,tudung kita panjang berjela tapi ianya mulia di sisi Allah. Aq bukanlah baik sangat tapi aq harus berfikiran baik agar lama  kelamaan  membentuk aqidah yang lebih baik. Ingatlah wahai wanita lelaki pada saat ingin memilih calon isteri akan memilih yang solehah dan begitulah sebaliknya. Selepas  menilai merepek aq  ini jada Yang Mana Satu Pilihan Anda???? Assalamualaikum






(GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA)

No comments:

Post a Comment